Kamal Ishak (Kedah- Malaysia) BUIH API

Kamal Ishak (Kedah- Malaysia)

 

BUIH API

Oleh Kamal Ishak

Kamar diketuk bertalu
Bila ku buka
Berdiri sepasang mata berkaca
Bibir meminta

Pandangan melekat
Malam yang lelah
Pintanya berbakat
Untuk jatuh cinta sementara

Aku di sini bukan mencari libur
Aku pemuisi
Kerja ku menulis cerita
Menitip dengan rasa
Oh…matanya terus berkaca
Wajah tiba-tiba tergantung di leher hiba

Apakah dia bukan ilhamku?
Datang membawa cerita
Untuk ku tulis semata-mata
Bukankah aku di sini untuk mencari idea
????

Dia tidak mahu kisahnya ku tulis
Dia mahu tubuhnya dilukis
Untuk sebuah pembayaran
Yang bernama upah
Aku jadi gelisah
Pen, kertas dan laptop ku marah

Kamar terus dimasuki
melabuhkan diri di ranjang menanti
Ceritakan lah….
Kau siapa?
Jin atau manusia
muncul tiba-tiba
Aku kau goda

Akhirnya dia berjanji
Untuk bercerita diri
Lalu ku tulis ke dalam puisi
Ceritanya sedih sekali
Aku mula simpati

Pakaiannya ditanggalkan
Jatuh berselerakan
Cerita belum pun seru
Dia mengubah hala
mengajak aku bercanda
Ini sebahagian dari cerita….
Katanya
Aku mengikut rasa

Seperti ombak dan badai
menghempas pantai
menjadi buih api
mengisi sepi
Ku pintal dia menjadi seutas tali
Kami berdua mati
Ceritanya ku tulis ke dalam puisi…

AN CASA HOTEL, KL

 

Kamal Ishak. Sebenarnya lebih banyak bergelut di seputar filem, seperti pengarahan filem, drama dan penulisan  skrip dibanding penulisan puisi atau cerpen. masih aktif menulis drama tv (sinetron), filem, sutradara, juga penceramah perfileman. meminati puisi sudah lagi tapi bermula menitip ditahun 2012 di usia 59 tahun. Pertemuan penulis-penulis nusantara di Membakut, Sabah awal April 2012 membuka semangat beliau  untuk menulis puisi. Rakan sebilik wakil Indonesia, Acep Syahril banyak membuka ruang dan minda beliau. Beberapa puisi awal menjadikan Acep Syharil sebagai  guru yang menunjuk ajar kesilapan-kesalahan  yang harus di perbaiki. Puisi pertama di siar di akhbar berjudul AROMA CINTA (koran Utusan Borneo, Sabah). Selepas itu, seperti tiada menoleh kebelakang lagi, sehingga ini puisi-puisi dititip sebanyak 200 buah. Puisi beliau  lebih mirip kepada visual keranabeliau  datang dari orang filem. Namun tetap puisi-puisi itu diberi tema yang segar kontemporari, bahasa mudah, renungan visual dan yang paling penting inti makna kehidupan, peristiwa dan wawasan. Pelbagai tema di tulis seperti kerohanian, alam, ketuhanan, nasihat, cinta, kecewa, dan sex juga dengan intrepetasi berbeza untuk mengangkat makna. Sebenarnya lebih banyak bergelut di seputar filem, seperti pengarahan filem, drama dan penulisan skrip dibanding penulisan puisi atau cerpen. Kursus yang pernah diikuti di antaranya : Ke arah Penerbitan TV (Iptar)/Pengarahan bersama Ariffin C. Neor (Finas), pengarahan bersama Teguh Karya (Finas), filem & TV Development Philiphines (Cocci), Script Develompent Singapore (Cocci), Writing Fir Teleplay with David Istance (Iptar/BBC), Action & Cut Seminar Cyberjaya.  Bimbing kursus/bengkel dan seminar di antaranya : Seminar Potrensi Perfileman Rakan Muda (Finas & Pej Belia Sukan P. Pinang), ‘Pengarahan V’ AFM (Finas) 1999, Asas Penulisan Skrip (Finas) 2000, Teknik Penulisan Skrip (MAYC), Ceramah Pembinaan skrip Drama Tv (2PNP), Kuliah Penulisan skrip Pahang Finas) 2002/Teknik Penulisan Skrip (Finas/AFM) 2002, Penulisan Lakon layar Pahang, Selangor dan Kedah (ASK )2003, Kuliah Penulisan skrip Pulau Pinang (Finas)2003, Kuliah Penulisan Skrip (Kris Motion), Kursus Skrip Finas 2004, Scriptwring & Directing (Tmnet)2004, Bengkel Thingking In Picture (Tmnet) 2005, Asas Penulisan Skrip (Finas) 62-30Mei 2008, Penulisan Skrip Persatuan Penulis Melaka PENAMA (Finas) 22-27Dec2008, Asas Penulisan Skrip Kota Kinabalu (Finas)2009, Penulisan Skrip Doko-Drama (Politeknik Seberang Prai)2009, Bengkel Penulisan Skrip (UMS)19-21March2010. Bengkel skrip anjuran empayar Bayu 2011 Bengkel Skrip anj. Persatuan Belia Kreatif Sabah, Pitas 2011 Bengkel skrip/acting for camera anj. On Line Production Keningau 2011 Bengkel acting for camera Keningau, 2011 Tuisyen Skrip, Kl 2012 Bengkel Adaptasi Novel ke Skrip, DBP, Kl, 26 ke 28hb feb. 2012. Seminar Kerjaya Perfileman Belakang Tabir smk hulu klang 22hb march 2012. Terlibat dalam sejumlah filem dokumentari di antaranya Ipoh Bandar Kita (skrip), LLN AV Presentation (Skrip), Menegak Syiar Islam Di Bumi Darul Iman (Skrip & arahan)/Kinabalu Park – TDC ((Arahan), AV Presentarion Pembanggunan Negeri Selangor (Skrip), Promosi Mendaftar Undi (Konsep & pengarah), Taman Bimbingan Kanak-Kanak TBK(skrip bersama & pengarah), Video Klip AADK (Konsep/Storyboard & pengarah), Keris National Geographic (Pengarah).Perkahwinan Melayu Johor anj. Yayasan Johor. Skrip yang sudah dihasilkan di antaranya; Lumpur Di Kuala (Feugo), Cuti (Camelite), Tengkujuh (ZSA), Seri (Maha Gemilang), Dia (Teletrade), Emosi (SJ), Setitis Rindu Buat Wardah (Idris Jani), Anna (Shahzawan), Budak Kampong (Nazir), Landasan (BNE), Jangan Hentikan Hujan Itu (BNE), Landasan II (MultiUtama), Tunggu Sekejap (Nizarman), Tantangan (Nizarman), Siksa (Nizarman), Korban (Berjaya)/Terasing (Berjaya), Buian (Nur Tv), Ombak Itu (Nur Tv), Pak Gad (Kris Motion),  Nur-Ar-Rahman (Rtm). Untuk sebagai di antaranya dalam: Pelari, Penghujung Rindu,Sudut Memori, Penghujung Bayang Ungu, Epal Merah, Jejaka/Cuti,  Setitis Rindu Buat Wardah, Tengkujuh, Alang Kelana, Rahsia Ku, Aku, Isteri Dan Teman, TuguCinta, Budak Kampong, Landasan, Landasan II, Tuhan Sayang Pada Mu, Malam Hikmah, Bingung, Korban, Cincang Air, Atikah-Bila Rindu Menjadi Jemu, Terasing, Penghujung Jalan, Demi Anak, Terbang Burung, Sayangku Salmah, Bintang Cilik, Selamat Hari Raya Mansur, Cinta Di Boganvilla, Citra Generasi, Siksa, Tongkat Tok Ali, Malam Haram, Kelab Wayang Gambar, Air Mata Suriati, Permata, Mahar Cinta Mama, Ombak Itu, Misi, Aboi. Untuk filem ada beberpa judul di antaranya; Cinta Kita (Berjaya Filem), Penyair Malam (Grand Brilliance), Ombak itu, Jangan Hentikan Hujan itu dan Landasan.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: