Jaya Ramba (Sarawak- Malaysia) RENUNGAN TAUBAT

Jaya Ramba (Sarawak- Malaysia)

RENUNGAN TAUBAT

oleh Jaya Ramba Wulan

Kurenung ke sana
cahaya meramas jiwa
kurenung dengan pasti
suaranya menepuk sukma
azan merangkak senja
lalu kuterkedu;

Antara jasad dan roh
pintu kematian
mengenali erti isi
yang benar keaslian
mengenali erti kulit
yang calar kekudisan

Antara hidup dan mati
hanya takdir
mengenali erti hidup
yang bahagia cuma
mengenali erti mati
yang gelap gelita

Antara benar dan salah
hanya keadilan
mengenali erti baik
yang indah beriman
mengenali erti buruk
yang kotor tidak berguna

  • Jaya Ramba  dengan nama pena Jay R Miri. Lahir di daerah rimba Long Teru Tinjar Baram. Mendapat pendidikan awal di SK Long Teru. Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1-5 di SMK Marudi dan kemudian ke tingkatan 6 di SMK Lutong. Memperolehi Sarjana Muda Pentadbiran di sebuah Universiti tempatan. Pernah berugas di Carigali dan kini berkhidmatan di Lembaga Air Kawasan Utara Sarawak di jabatan Kewangan. Beliau kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha 1 Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA). Antologi puisi bersama pernah terbit ialah Wajah Kita Bandar kita(2003), Kota Gemilang Wajah Kita(2004), Pelagus(2004), Getus Fikir(2004), Penangkap Rama rama dan Kelawar(2005). Di mana antologi cerpennya ialah Karyawan Sasterawan(2005), Seikhlas Bicara, Pelagus, Kepanasan Seketul Salji Hitam (2006) dan Memori Sebuah Rindu(2007). Lebih 10 buah novel telah dihasilkan dan diantaranya ialah Senja Cinta Warisan, Dendam Asmara, Sempadan Dendam dan Bara Yang Menyala.  Pernah memenangi hadiah pertama cerpen Jubli Perak Negeri Sarawak berjudul “Pahat Masih Berbunyi”. Juga memenangi hadiah ketiga pertandingan Novel DBP-SHELL. Juga menang hadiah penghargaan Penulis Sarawak pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Menang tempat ke-2 peraduan menulis cerpen pelbagai kaum Malaysia dengan judul “Mendulang” Menang hadiah utama menulis cerita legenda Miri 2006. Menang menulis rencana sempena Miri ke arah Bandaraya Miri 2005. Menang 2 buah cerpen peraduan Penulisan Kreatif peringkat Negeri Sarawak 2005. Pernah menyertai bengkel penulisan novel (MASTERA-Majlis Sastera Asia Tenggara) di Bogor, Jakarta Indonesia pd tahun 2006. Juga menyertai bengkel Penataran Penulis Borneo-Kalimantan di Kalimantan Barat pada tahun 2004. Kerap kali dijemput menyertal banyak bengkel di dalam negara.
    Karya-karya pernah terbit di Dewan sastera, Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Budaya, Tunas, Cipta, Jendela Sarawak dan Harian Equator-Kalimantan Indonesia. Cerpen Ngayap telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh kerajaan Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: