Gabriel Kimjuan (Labuan-Malaysia) GAZA

Gabriel Kimjuan (Labuan-Malaysia)

GAZA

Oleh Gabriel Kimjuan

 

 

Gaza…..

Berdirimu di benua sana,

Menjadi saksi kepada dunia,

Kezaliman perjajahanmu ternyala,

Membentuk kibu sebuah peperangan bangsa,

Tak kira darjat dan usia.

 

 

Gaza……

Permainanmu bukan tangisan,

Tetapi sepasang sejata peperangan,

Yang menusuk tubuh si lawan,

Untuk menghampiri diri untuk terus bertahan.

 

 

Gaza…….

Termusnahlah tugu mu yang teguh,

Segala airmata terlimpah di tanah,

Suara kanak-kanak menumbangkan penjajah,

Sehingga si bangsat itu akan kalah.

 

 

Gaza…….

Suara sepimu menghentikan malam,

Waktu subuhmu berkumandang azan,

Inilah hakikat yang yang sungguh mendalam,

Sehingga traumanya rakyat palestin,

Yang sukar menerima keadaan nan kelam.

 

  • ·        Nama penuh beliau ialah Gabriel Kimjuan berbangsa Kadazan. Beliau dilahirkan pada 26 September 1988. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Pekan Satu W.P. Labuan pada tahun 1995. Setelah menamatkan pendidikannya di sekolah rendah, beliau terus menyambung pembelajarannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan dalam tempoh 3 tahun, seterusnya menyambung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai W.P. Labuan untuk tempoh 2 tahun. Setelah habis sahaja pengajiaannya di sekolah menengah, beliau seterusnya menyambung pembelajarannya di dalam bidang kemahiran iaitu Pemesinan Am di Institut Latihan Perindustrian Labuan (ILP) pada tahun 2006. Pertama kali beliau menjadi ahli Persatuan Penulis Labuan (PERWILA) ialah pada tahun 2010. Semasa beliau menjadi ahli dan AJK dalam Perwila, beliau banyak mengikuti aktiviti-aktiviti sastera di dalam mahupun diluar negara. Antara penglibatan beliau ialah mengikuti Bengkel, Seminar dan Festival Pantun (MASTERA) tahun 2010 di negara Brunei Darussalam dan Temu Sastrawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) di Padang, Sumatera Barat, Indonesia tahun 2012. Pencapaian beliau di arena sastera ialah pernah mendapat Johan membaca sajak pada tahun 2003 sempena Minggu Bahasa Melayu di sekolah menengah dan juga Johan mencipta dan mendeklamasi puisi tahun 2007 sempena Minggu Bahasa Melayu. Beliau yakin apa yang kita buat akan tercapai apabila kita mempunyai ilmu. Prinsip hidup beliau adalah “Dimanapun kita pergi, ilmu kita tetap dihati”.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: