Asmira Suhadis (Selangor- Malaysia) JIKA INGIN BICARA oleh Asmira Suhadis

 

Asmira Suhadis (Selangor- Malaysia)

 

JIKA INGIN BICARA

oleh Asmira Suhadis

 

jika ingin bertanya tentang rindu

tanya kan pada bayu

yang semilirnya  sentiasa membisik

membelai mesra tampa kata

jika ingin bicara tentang pemuja

tanyakan pada sang pungguk

yang berabad memuja bulan

sedang bulan lena dipelok awan

jika ingin bicara tentang setia

tanyakanlah pada nesan di pusara

yang tidak pernah mahu berganjak

walau pun jasat tidak bernyawa

kalau ingin bicara tentang cinta

tanyakan saja pada tun teja

yang rela meninggalkan keluarga

sedangkan Tuah berpaling darinya….

dan aku

masih bagai teritip lekat dibatu…

jumaat 1hb julai 2011.

 

  • Asmira Suhadis adalah nama pena. Nama betul Tumirah Hj MD Abas. Lahir tanggal 18 Maret 2012 di Sijangkang Banting Selangor.. Alamat A-1-19 Pangsapuri Sri Kundang, Batu 15 Jalan Dusun Tua, 43100 Hulu Langat Selangor Darul Ehsan. Pendidikan ;  Sek Keb: Sijangkang,  Sek: Agama peralihan,  sijangkang, Sek: Arap Telok Panglima garang  dan Madrasatul Alfaizin, simpang lima Klang  Kolej Islam Klang. Pengalaman pekerjaan;   1.  2004-SEKARANG penulis sepenuh masa. 2. 2003-2001 wartawan dimajalah Pesona/Ibu/ Usahawan 3. 2000-1999 wartawan di Majalah Bicara. 4. 1998-1996 wartawan di Majalah kisah benar. 5. 1995-1990 wartawan di akbhar tabloid  Minguan Famili  6. 1989-1984 penulis bebas 7. 1983-1982 wartawan di Berita penjaja peniaga  8. 1981-1978 penolong pengarang di tunas artis setia. Hasil karya;  1. Menghasilkan sebuah antologi cerpen WARNA-WARNA CINTA pada tahun 1981 2. Menghasilkan 12 buah novelete, antaranya ‘AKU CINTA PADAMU  BUKAN KERANA DENDAM, GELOMBANG dll.  3. Novel ‘ BUNGA PUN BERGUGURAN ( 2005)  4. Menang tempat kedua pertandingan menulis skrip FINAS  Tajuk: MISI 2003  5. Menang tempat ke tiga pertandingan menulis skrip FINAS Tajuk: GILA 2004  6. Menang tempat ke dua pertandingan menulis skrip FINAS Tajuk: DIKIR 2005 7. Menang tempat kedua Dokomantari FINAS Tajuk:melenggang perut adat yg terpinggir 2006 8. Telemovie MISI tersiar di RTM pada 2006 9. Memenangi tempat pertama skrip Dokomantari fINAS Tajuk; penglipur lara keunikan bangsa yg hilang 2007 10. Memenangi sagu hati filem cereka FINAS Tajuk’ lutjh (BAH TILOT) 2007 11 Menulis beberapa buah buku motvasi antaranya: + JADILAH LELAKI SEJATI + JADILAH WANITA TERHEBAT 12. Menang Tempat PERTAMA, penulisan di FINAS “KARAM 2008 13. Menang saguhati Filem Pendek’MASA di FINAS 2009 14. Membuat penyelidikan budaya dan kesenian bersama Kekwa tentang masyarakat jawa di malaysia 15. Membuat penyelidikan tentang herba dengan kerjasama FRIM 16. Membuat penyelidikan tentang kehidupan dan kebudayaan masyarakat orang Asli di Malaysia. 17 . Drama Loghat (komedi) tersiar di panggong 1 RTM pada 28 april 2007 18. Drama MISI disambong menjadi drama bersiri.(drama pertama kerjasama dengan GAPENA) 19. Drama BAH TILOT akan ditanyangkan sempena kemerdekaan di RTM 1.pada 8.9 2007 20 Drama “apalah dosaku” siaran di RTM 1 21. Drama “Pulanglah Di Aidil Fitri” siaran untuk drama khas aidilfitri . 22. Drama 13 siri “Aku Budak Minang” Rtm 1 23. Dokumantari “ Yayazan Diraja Sultan Mizan” rtm 1 24. Dokumantari “ Melaka Bandaraya Bersejarah” Inhouse RTM 25. Dokumantari Busana Diraja” Yayasan Sultan Mizan Terengganu. 26. Dokumantari “ Terengganu 300 tahun bersultan” YDM.Terengganu. 27. Dokumantari Finas “ Agub Batu Tulug” 28. Dokumantari Finas “ Rumah Iglu hulu Tembeling: 29. Drama – 13 siri “Platun Harimau” drama khas bulan kemerdekaan. 30. Drama “Wetan” Rtm 2 31. Drama “laut Merah” RTM 2 32. Dalam pembikinan : Filem :”Kanang Anak Langkau” 33. Drama 13 siri “Camar Putih” 34. Dokumantari Finas “ Perbezaan Adat Minangkabau_sumatera & N9 35. Dalam pembikinan telemovie “ rindu yang terlarang” 36. Dalam pembikinan drama bersiri 13 episod “ bisikan rindu ditanah adat. 37. Dalam proses- 26 siri RTM – surat dari Ghaza.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: