Ahmad Md Tahir (Singapura) SINDROM

 

Ahmad Md Tahir (Singapura)

 

SINDROM

Oleh Ahmad Md Tahir

i.
sebenarnya,
pesona warna di sini
 segala kehitaman antara warna.

sebenarnya,
kehitaman warna di sini
 segala pesona antara warna.

ii.
adalah;
seseorang di antara kita
 yang bergelar istimewa
  dengan segumpal amanah
berdirinya memanjat bicara.

adalah;
sesewaktu antara ketika
 menjadilah dia seorang pelupa
  tak bisa lagi mengenali warna
bicaranya kekehilangan makna.

iii.
sebenarnya –
pesona warna di sini
kehitaman warna di sini.

 telah menjadikan sesiapa pelupa
  meskipun dia bergelar istimewa.

Berita Minggu, 04.11.90

 

  • Ahmad Md Tahir atau nama penanya T. Ahmad Mohamed (bagi penulisan esei) dilahirkan di Paya Lebar, Singapura pada tahun 1967.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Mattar; Sekolah Menengah Siglap; dan Sekolah Menengah Teknikal Tanjong Katong bagi pendidikan Pra-Universiti. Kini bertugas sebagai Penganalis Makmal di sebuah syarikat Swiss – SGS. Beliau mula menulis pada tahun 1984 semasa dalam tahun pertamanya di Pra-Universiti. Ahmad amat prolifik dalam bidang puisi. Beliau merupakan salah seorang pengasas Kamus; Setiausaha, Pegawai Perhubungan dan Ketua Unit Puisi KAMUS.  Karya. Di antaranya,Bunga Makna, Spura: Pustaka Melayu Publisher, 1992; Journeys: Words, Home & Nation (antologi bersama), Spore: The Centre for the Arts, National University of Spore, 1995; Memories & Desires (antologi bersama), Spore: The Centre for the Arts, National University of Spore, 1999; Rhythms: A Spore Millennial Anthology Of Poetry (antologi bersama), Spore: National Art Councils (NAC), 2000; Fire of the Spirit (antologi bersama), US: International Library of Poetry, 2002. Pencapaian / Anugerah. Di antaranya, hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1990, 1992 & 1993); hadiah Kedua Sayembara Sastera MBMS (1993); Hadiah Penghargaan Anugerah Saadon Ismail (1994); hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: sajak Teja (Erti Feudalisme) (1995).

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: