Abdullah Awang (Kuala Lumpur-Malaysia) KUBURAN AYAHNDA

Abdullah Awang (Kuala Lumpur-Malaysia)

KUBURAN AYAHNDA

oleh Abdullah Awang

 

pada pagi jumaat ini

aku dipanggil untuk mencuci kubur dipinggir masjid

nama masjidku Binjal Mata’ab

dan aku salah seorang orang penting yang baru dilantik

dan aku maklumi bahawa

inilah rumahMU wahai rab….

di sini aku melepaskan rindu dendamku kepadaMU

persis aku memelok dan menciumMU

semahuku.

Ya Rabbi,

aku tidak puas mengucup seluruh zatMU

dengan lazat dan nikmat

hingga tidak terkata hilang suara pada bahasa.

Ya Rab…

aku hilang entah di mana

terfana kasih pada af’alMU yang mukholafatuhulilhawadith

berjurai airmata rinduku kepadaMU hingga terlimpah

dibingkai kolammata, ngilu….

Oh kekasih hati nan Termaha Indah,

Engkau menempati ke dalam jiwaku umpama sir yang menyerlah

hilang dahagaku kepadaMU yang gersang bertahun lamanya

indah pandanganku kepadaMU umpama lautan bebintang

yang bergantungan di langit zaman.

Ya Rab…

kasihku kepadaMU tiada terucapkan

umpama bueh gelombang diseluruh lautan biru

rinduku kepadaMU tiada terbataskan

umpama hujan yang bertambah sebu.

Oh, Rabbi…

aku hilang di dalam kudratMU…

aku hilang di dalam dakapMU…

aku hilang di dalam nurkasihMU…

aku hilang

aku…

aku…

aku…

aku tiada

aku tiada

yang ada

hanya

ENGKAU.

 

17 June 2011

Pondok Makrifat, Pasir Mas.

 

 

  • ·        Abdullah nama sebenar dan Nama Samaran: Atma Rindu, Putra Arjuna, Aduk Putra nama samaran. Riwayat pendidikan ; 1. Sekolah Rakyat Kampong Gelam (Sekolah P. Ramle 1962 – 1965) 2. Sekolah Kebangsaan Kangkong, P. Mas 1966 – 19683. Sekolah Menengah Tok Uban, Pasir Mas dari 1969 – 19714. Sekolah Menengah Lemal, Pasir Mas dari 1972 – 1973 5. Sekolah Swasta dari 1974 – 1975 dan 76 – mula aktif menulis Puisi, Novel, Cerpen, Rencana.6. Mengajar dan menulis – Yayasan Islam Kelantan (YIK) 1977 – 1978 (Sekolah Menengah Ugama Arab Serendah, Chetok, P. Mas, kini sekolah itu menjadi bangsal kambing dan lembu) 7. Editor Aktul dan Widya 1978 – 1980.8. Menjadi Guru Sekolah Kadir Adabi Tanah Merah 1980 – 1982.9. Menjadi Guru Sekolah Menengah Ugama Arab Tarbiah Al Diniah (SMUA) Tok Uban dari 1982 – 2001.10. Ijazah Bacelor Sains Pembangunan Manusia UPM dari 2001 – 2003.11. Ijazah Sarjana (Master Bahasa Melayu) UPM 2009.12. Insya ALAH, Ph. D akhir tahun ini; ILMU PENYULUH HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT. 13. Berkhidmat sebagai Guru di Sekolah SK Bukit Jarum dari 2003 – Sekarang.14. KARYA:i. Empat Buah Novel Remaja – Dua Haluan (Teks Komsas), Pendekar Sabri, Rahsia Lubok Menangis / Talking Books (terjemahan untuk Orang Cacat Penglihatan; Perpustakaan Negara, DBP dan MC Donald (DBP). Laut Cintaku (?).ii. 10 Antologi Cerpen dulu dikenali Oscar Books International.iii. Puluhan Cerpen disiarkan dalam Media.iv. Rencana-rencana di akhbar dan majalah.v. Drama Radio.vi.Wartawan Sambilan dengan Berita Harian, Sinar Harian,dan Kini Utusan Malaysia, Media Terkini, dan Siasah.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: