Abdillah SM (Sarawak- Malaysia) KALAM

Abdillah SM (Sarawak- Malaysia)

 

 

KALAM

oleh Abdillah SM

 

dengan nawaitu

dilukis citra amal

tuntutan murni agama

memilih tapak suci

semaian terindah

cambah benih

pada batas

halal izin

redha

Ilahi.

 

kalam,

senjata agung

rahmat magis insani

bukan sekadar dicuba

wewenangnya nafsu

tapi pasti melakukan

atas keyakinan hakiki

tunggak kebenaran

kabaran dari loh

catatan abadi.

 

dengan kalam ini

kita bina kekuatan

insan terpelihara,

zuriat intelektual

teguh keislaman

tanggungjawab

warisan wahyu

murni sinar iman

julang tinggi

sejati haqiqat  

kebenaran.

 

Abdillah SM

Malaysia

 

 

  • Abdillah SM lahir di Kuching, Sarawak pada 6 Ogos 1949. Lulus peperiksaan Cambridge Higher School Certificate pada tahun 1973 dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di ITM (sekarang UiTM) pada tahun 1974. Pernah berkhidmat di beberapa buah jabatan kerajaan negeri dan persekutuan di negeri Sarawak dan Semenanjung sehingga berhenti daripada perkhidmatan awam pada tahun 1992. Abdillah SM mula menulis puisi lewat 1970 an. Puisi pertama karya beliau bertajuk ‘Identiti’ tersiar di Majalah Dewan Sastera keluaran September 1977. Antologi puisi berjudul ‘Antropologi II’ adalah antologi puisi peribadi beliau yang pertama; terbitan Mutiara Bimasakti Publishing tahun 2009. Sementara antologi bersama berjudul ‘Sekalung Bunga Putih’ (stensilan – 1981), hasil idea beliau yang mendapat galakan daripada Ismail Ahmad (Ajikik) dan Hashim Awang telah dibawanya sebagai buah tangan ke Hari Puisi Nasional April 1981, Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan. Sepanjang kegiatan dalam bidang puisi beliau sering mendendangkan puisi tokoh-tokoh penyair negara dan juga puisi beliau sendiri. Kerana minatnya dalam bidang bahasa, kesuasteran dan kebudayaan Melayu, beliau sering menghadirkan diri di seminar dan pertemuan penulis peringkat negeri, kebangsaan dan antara bangsa atas biaya sendiri dan / ehsan Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia yang mana beliau kerapkali dijemput membuat persembahan lagu puisi dan/pengucapan puisi. Ini termasuklah pada Hari Puisi, Hari Sastera, Pertemuan Nusantara, Petemuan Penulis Asean, Festival Penulis Komanwel dan Pengucapan Puisi Dunia. Beliau merupakan pengasas dan nadi penggerak Grup Suara Marhaen, kumpulan penyanyi lagu puisi yang pertama di negeri Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1974. Semasa berada di Semenanjung dan bermastautin di Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, beliau terus aktif dan bergiat cergas mengembang dan memajukan kegiatan bahasa, sastera dan budaya. Pada tahun 1991 bersama pelajar-pelajar Institut Perguruan Sultan Idris (sekarang Universiti Perguruan Sultan Idris), beliau telah menubuhkan Grup Pemuisi IPSI dan menjadi mentor sehingga tahun 1994. Beliau turut menyumbang sebagai jurulatih drama/dramatari bagi Maktab Perguruan Batu Lintang (sekarang Institut Perguruan Batu Lintang) dan jurulatih drama bagi kumpulan pelajar kursus Drama Praktik – Program Pengajian Jarak Jauh Universiti Malaya. Beliau juga dilantik sebagai tokoh sastera dan budaya bagi Program Latihan Khidmat Negara bermula pada tahun 2005. Sebagai penggiat seni beliau turut menceburi bidang drama sejak awal-awal lagi. Beliau pernah terpilih sebagai pelakon lelaki terbaik di Pesta Teater Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 1984. Sementara drama skrip adaptasi cerpen beiau berjudul ‘Kupu-kupu Putih’ mendapat tempat kedua pada Pesta Teater anjuran RUSDA dan Sri Tarina pada tahun 1982.Kepelbagaian kegiatan seni beliau hampir merangkumi semua bidang termasuklah seni lukis, mencipta lagu puisi, penulisan cerpen dan skrip drama. Cerpen-cerpen beliau merupakan karya terawal penulis Sarawak yang mengisi dada majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera mulai tahun 1982 ( ‘Di Ruang Tawa’ Dewan Sastera, Mei 1982). Abdillah SM adalah penerima Anugerah Sastera Kebangsaan, Negeri Sarawak, kategori cerpen bagi Tahun 1997.Sebagai penulis bebas Abdillah SM adalah penulis bagi kolum ‘Pintar Budaya’ di akhbar Utusan Sarawak dan ‘Maaf Cakap’ di akhbar Cermin Rakyat. Semasa bertugas sebagai Timbalan Pengarang di akhbar The People’s Mirror/Cermin Rakyat 1996-1997 beliau membuka ruang muka halaman siaran mingguan bertajuk ‘Jendela Persuratan’, ‘Jendela Cipta’ dan ‘Jendela Pendidikan’. Ruang ini diisi dengan karya-karya sastera, bahasa, budaya dan pendidikan.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: