A Amin Jamaluddin (Brunei Darusslam) ADA YANG TIADA

A Amin Jamaluddin (Brunei Darusslam)

 

ADA YANG TIADA

oleh A Amin Jamaluddin

 

 

Ada muka tak berwajah

Ada wajah tak bermuka

 

Ada lukisan tak berwarna

Ada warna tak berlukis

 

Ada citra tak berimej

Ada imej tak bercitra

 

Ada mata tak melihat

Ada lihat tak bermata

 

Ada tangan tak menggenggam

Ada genggaman tak mertangan

 

Ada kaki tak berjalan

Ada jalan tak berkaki

 

Ada lidah tak merasa

Ada rasa tak berlidah

 

Ada hidung tak menghidu

Ada bau tak berhidung

 

Ada mulut tak bersuara

Ada suara tak bermulut

 

Ada telinga tak pekak

Ada pekak tak bertelinga

 

Ada suara yang bisu

Ada bisu yang bersuara

 

Ada melodi tak bernada

Ada nada tak bermelodi

Ada lagu tak bernyayi

Ada nyayi tak berlagu

 

Ada baju tak berecelana

Ada celana tak berbaju

 

Ada manusia tak berinsan

Ada insan tak bermanusia

 

Ada tidur tak bermimpi

Ada mimpi tak tidur

 

Ada pelajaran tak berakhlak

Ada akhlak tak berpelajaran

 

Ada cinta tak berkasih

Ada kasih tak bercinta

 

Ada sayang tak merindu

Ada rindu tak menyayang

 

Ada anak tak berindung

Ada indung tak beranak

 

Ada hidup yang mati

Ada mati yang hidup

 

Ada fikir tak berzikir

Ada zikir tak berfikir

 

A.Amin

16 Februari 2012.

 

  • A.Amin dan A.Amin Jamaluddin adalah nama pena bagi Ak. Hj Amirul Amin Pg. Hj. Jmaluddin. Beliau dilahirkan tanggal 21 Ogos 1986 di hospital RIPAS, Bandar Seri Begawan. Belia telah mendapat pendidikan Melayu dan Inggris dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat institui tinggi. Beliau telah Berjaya mendapat ijazah pertama di Universiti Brunei Darussalam tahun 011. Semasa menuntut di university Brunei Darussalam selama 4 tahun (2007-2011), beliau telah mengambil kursus sarjana Muda Sastera Pendidikan (dalam bidang kesusteraan Melayu dan Linguistik Melayu). Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di university yang sama. A. Amin Jamaluddin telah menghasilkan 4 buah buku iatu Anak Tangga (2009), Keringat Minda (2009), Mengurapakkan Hikayat Awang Kamaruddin (2011) dan Jelajah Titisan Tinta (2011).

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: