Zainal Abas (Selangor-Malaysia) – SAJAK KEPADA PENIAGA KECIL KUALA LUMPUR


 

SAJAK KEPADA PENIAGA KECIL KUALA LUMPUR

oleh Zainal Abas

 

Mereka mengaku diri mereka bersih

akan mengumpulkan anak muda di jalanan

kemudian berarak dengan slogan amarah

benci dan penuh amarah kepada pemerintah

sambil lalu di siar kaki laman niagamu

pada 9 Julai 2011 yang bakal bertamu!

 

Berbentenglah kamu peniaga kecil Kuala Lumpur

buatlah beberapa barisan

sambil yang kecil dan pendik

berbarislah di depan

kuatkan semangatmu jurujual wanita

yang tua atau muda

sekental semangatmu sewaktu berjualan

dan kamu lelaki yang gagah perkasa

kamu yang ku maksudkan tentulah anak Malaysia

lupakan hari ini kamu seorang peniaga

ingatlah masa remajamu di kampong lamanmu dahulu

adalah

pewaris seni silat yang telah di khatam ajarkan

bersedialah dengan kuda kudamu

di barisan paling belakang.

 

Kalian tak perlukan kain rentang

untuk menantikan kehadhiran yang tak di undang ini

menulis sepanduk bantahan itu memenatkan

kerana mereka yang bakal berarak itu

buta pada mata buta juga pada perasaan bahagia

usah di uji dan di asah suara

simpan saja suara lunak untuk di gunakan sewaktu berjualan

kerana laungan itu nanti boleh menyerakkan dan bakal tenggelam

oleh gempita sorakan mereka yang menggila

yang sebenarnya bisu mengenal erti dan makna

cuma kalian bersedia sajalah  dengan makian

sewaktu mereka datang beramai

dengan niat kotor dan perjuangan tanpa tujuan

untuk berarak di siar kaki laman perniagaan kalian

itu pun kalau mereka masih belum tuli sepenuhnya

pada sepasang telinga yang belum di luputkan tarik pendengaran!

 

Wahai saudara saudara  peniaga kecil bangsaku

bacakanlah sajakku ini kepada teman teman peniaga kecilmu

katakanlah : ayoh kawan. mari kita bersatu

bangkit dari membiarkan mereka  berarak lalu

di pesiarkaki laman niagamu

mereka yang bertopengkan wajah bersih itu

yang kononnya dengan slogan penuh bersih

sesungguhnya membawa pelbagai kekotoran

mereka yang melaung kata ikhlas itu

sesunggunya penuh dengan keculasan

mereka yang bergerak atas nama rakyat

sesungguhnyalah mereka itu rakyat yang tidak di perlukan.

 

Bersedialah para peniaga kecil Kuala Lumpur

tentanglah mereka habis habisan

sekali pun sekedar dengan percikan peluh resah dan lelah kalian

kalian punya hak untuk menyatakan

ini tempat mencari rezekiku yang halal

di negaraku yang penuh dengan keamanan

ini tempat anak anakku membesar

untuk mencari susila dan kesopanan

ini tempat pelancong yang seronok menimba budaya

dan ilmu kehidupan pelbagai bangsa yang cintakan keamanan

ini negara kita

yang benci pada fitnah kotor dan kejahatan fikiran !

 

 

 

KASAJIZA A.S.

 

Teratak Damai

Klang Selangor

25 JUN 2011.

  • Nama asli  Zainal Abas atau nama Pena : Kasajiza A.S. Tahun 1971 menang HADIAH SASTERA anjuran Kerajaan Malaysia dengan sajak berjudul PEPATUNG. Sajak tersebut turut di pilih oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai soalan kertas 2 BAHASA MALAYSIA peperiksaan SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA pada awal tahun 80-an. alamat saya : 1113, Jalan Genting, Rantau Panjang, 42100 Klang Selangor. Selain menulis sajak, beliau menulkis lirik lagu, pernah menjadi dj radio, juru acara TV, menulis skrip dan teleplay. Selain itu pernah menjadi ahli persatuan penulis di bawah gabungan Gapena.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: