Zabidin Hj Ismail (Perak-Malaysia) – BAGAN DATOH SEMPENA SERATUS TAHUN

BAGAN DATOH  SEMPENA SERATUS TAHUN

oleh Zabidin Hj Ismail

 

Pekan kecil pinggir muara

menganjur tenang jauh ke Selat Melaka

sudah seabad berjasa melahirkan para mualim dan ulama

sejarahnya bermula di Pasang Api

mendaratkan peneroka Batu Bara

kerana seekor penyengat menggigit Tok Kelah

menerima petunjuk

membuka perkampungan terpencil

lalu ia dikenali Sungai Keling yang tidak rasi

bertukar Pekan Baru menjadi Bagan Datoh yang tersohor

Mitos ini tidak bermula di sini!

bukankah Beting Beras Basah menyangkutkan

bahtera Raja Muzaffar

lalu tidak membuang pedang Cura Simanja Kini

kecuali muatan diraja

nasihat pawang banginda menyelam ke dasar laut

tujuh hari tujuh malam

peliknya, sesudah itu bahtera bias belayar ke Ayer Mati

untuk agenda pertabalan.

Puaka beting ini sudah berusia empat ratus tahun

tidak terkaji akal manusia kenapa kadangkala ia tenggelam dalam lautan!

Bagan Datoh yang intim dengan lambaian dedaunan kelapa

telah bangkit dari alam tradisi mengapai impian

sempena seabad ini, projek multiringgit membenamkan

tebing yang kian retak

selut lumpur muara Sungai Bernam dan Sungai Perak

menjadi pelabuhan dagang dan bandaraya selat

menjunjung kehendak alaf baru, pemimpin besar

Dalam menjejaki denai alaf baru

kita perlu dirubah dan sanggup berubah

menjunjung akalbudi memartabatkan akarbaka

pedoman generasi seratus tahun nanti.

Jejak warisan seabad telah ditinggalkan

menyusur kini langkah modenisasi menuju kecemerlangan

mengolah beradaban dan ketamadunan madani

satu agenda besar “Bagan Datoh nombor satu”

ZABIDIN HJ ISMAIL ‘97

  • Zabidin Hj Ismail. Anak kelahiran Kg. Batu Masjid, Temoh, Perak Darul Ridzuan adalah seorang penulis, penceramah penulisan, pembentang kertas kerja, penyelidik sastera / sejarah tempatan serta penggerak persuratan Melayu Perak di samping pengkaji masyarakat Melayu Rao. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku; antaranya Pasir Salak Bumi Pahlawan Melayu (1993-Yayasan Perak); Di Pelabuhan Senja (1993-DBP); Ridzuan 1 (1994), Menara Condong (1994); Mokhtar Dahari Wira Bolasepak Negara (1999-DBP); Memoir Dato’ Shaharudin Abdul Rahman; Heiho Jepun (2003); Batu Masjid Permata Kami Setelah Seabad Berlalu (2007-PIBG SK Bt Masjid, Temoh); Sekondakhati (2009); Puisi Rao Nusantara (2009); Pemikiran Politik dalam Novel-novel Ahmad Boestamam (Universiti Malaya-2010); Imbasan Sejarah Karyawan Pk dan Kaedah Mokhdar: satu himpunan kenangan (2010),  Timoh Tasik Kenangan (2010) dan sudah menulis melebihi 30 tahun dan memenangi beberapa anugerah penulisan, termasuk Anugerah Sasterawan Perak dalam kategori Esei dan Kritikan pada tahun 2004 daripada Kerajaan Negeri Perak.  Beliau menulis pelbagai genre termasuk puisi, cerpen, esei, memoir, biografi dan akademik. Pernah menjadi penulis udangan akhbar tabloid Bacaria terbitan Kumpulan Karangkraf dalam ruangan “Angin Dari Utara” (1986) dan ruangan “Tokoh Anak Perak” dalam akhbar rasmi Kerajaan Negeri Perak; Buletin Mesra (1996-2000) serta Pengarang buletin KemPen.My lidah rasmi Kementerian Penerangan Malaysia (2002-2005) dan Ketua Pengarang Lidah Rasmi Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) iaitu Rao Berandai. Dalam arena penulisan, beliau banyak menggunakan nama pena. Antaranya, Biedyn Wan FH., S.I. Wanza, Zabinis BM., Zais Wahid, Burhanudin Al-Rawi, M Zaki Arif dan Jari Basurek. Beliau turut aktif mengendalikan beberapa buah blog seperti Sekondakhati, TokohRao, PenulisPerak, KaryawanPk, Penyuluh916, JapenPk., Bukitgantang59 Panglima Awang.dan Kayacipta. Di samping aktif menulis beliau adalah Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Ahli Jawatankuasa JARO dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak , Yang DiPertua Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penerangan Perak, Naib Yang DiPertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak dan Yang Dipertua Persatuan Bekas Murid Sekolah Kebangsaan Kg. Batu Masjid, Temoh (PENYULUH). Kelayakan akademik – Diploma Pentadbiran Awam (UiTM); Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Komunikasi dan Sains Politik (UKM); Sarjana Sastera (UM) dan sedang menyiapkan tesis PhD di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dalam bidang pemikiran politik. Pada tahun 2004 beliau menjadi tetamu khas Kerajaan Arab Saudi bagi mengerjakan haji serta mewakili Kementerian Penerangan Malaysia menyelaraskan liputan media antarabangsa musim haji di Jeddah, Madinah, Makkah, Arafah dan Mina. Beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK-1996) dan darjah Ahli Mangku Perak (AMP-2008) oleh Sultan Perak serta darjah Ahli Mangku Negara (AMN-2008) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kini bertugas di Jabatan Penerangan Negeri Perak. Sumber : http://penulisperak.blogspot.com.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: