Suhana Bt. Sarkawi (Sarawak-Malaysia) SEBUAH ANTI- CESSION


SEBUAH ANTI- CESSION

Oleh Suhana Bt. Sarkawi

lihatlah

keindahan dan kemewahan itu siapa yang menggonggongnya dari rumahmu!

lihatlah

laut berdarah sembunyi karang ada tangan datuk nenekmu tercincang!

dengarlah

dentum langit kandung maruah kian rendah tega dia meramas wilayah ibumu!

rasalah

herba beracun dagang timur barat dia kembara mencari subur dan tulang bapakmu diratah patah!

fikirlah

anak bumi benam jatimu ke tanah dan mantikmu kimpal senjata menentang sendeng hujah!

2011

Nota kaki:

Anti-cession sebuah pergerakan anak watan Sarawak menentang penjajahan British 1946-1950.

  • Suhana bt Sarkawi atau nama penanya ‘Setiakasih’ ialah anak kelahiran Sibu, Sarawak, Malaysia. Menamatkan pengajian Sarjana Muda Pendidikan TESL dengan Kepujian dari Universiti Malaya, Malaysia pada 2001.  Meminati kesusasteraan Pascakolonial, penulisan puisi dan cerpen dalam dua bahasa: Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sejak di 1996. Mulai serius menulis puisi dan kajian sastera lisan berasaskan sejarah Sarawak sejak tahun 2009.   Kini membuat kajian sastera pascakolonial dan pengajian budaya Melayu Sarawak, Malaysia .  Merupakan Bendahari Pemuda Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Exco Penerangan  Ikatan Graduan Melayu Sarawak, Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak, dan ahli (kerabat) Angkatan Pengkarya Indie.   Antara  penglibatan sastera dan karya yang pernah diterbitkan di akhbar tempatan dan antologi sajak adalah:  Juara, Pertandingan Syair “Projek Apresiasi Puisi Siswi” Anjuran Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, 1996.  “Hanyut’ (Sajak, Utusan Sarawak,  Jun 2009) ‘Mengenangmu Rosli dan Morshidi’  (Sajak, Utusan Sarawak, Julai 2009) ‘Mengenangmu kembali- Rosli’ (Sajak, Utusan Sarawak, Ogos 2009) ‘…dan mentaripun berlabuh’ (Cerpen, Utusan Sarawak, September 2009),  ‘Aku Perempuan Pencetus Revolusi’  (Sajak, Antologi Puisi Gema Membelah Gema sempena Hari Puisi Nasional Ke 18, Sabah, 2010), ‘Sarawak Mythical Series’ (8 dalam 1: Siri Novel Kanak-kanak, PEP Publications, Shah Alam, Selangor, 2011), ‘Marhaban, duhai qamariah’ dan ‘Mencari Uwais al-Qarni’ ,(Sajak, Antologi SINAR SIDDIQ : Marhajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara 2012). “Tiga Puluh Permata Kenyalang: Antologi Sajak Armiza Nila & Setiakasih” (Pengarang Bersama, Sempena Marhajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara 2012).

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: