Rosmiaty Shaari (Perak-Malaysia) PEREMPUAN IGA BERMAIN UFUK


 

PEREMPUAN IGA BERMAIN UFUK

oleh Rosmiaty Shaari

 

teruskan mencatat

dengan duka yang memerintah

dengan muka bersalut darah

walau patah suara hati

jarimu yang merah

masih mampu memetik

tali mandolin benang belati –

bukankah sudah lama terputus?

sambunglah menjadi rubaiyat untuk membina hikayat

kau dihantar sebagai perakam riwayat

yang menuju gerak hakikat

 

‘akulah saksi segala kejadian’, kata pohon cemara

‘kau bukan Zulaikha yang mencipta Yusuf’

melainkan iga paling bengkok

antara perempuan yang bermain ufuk

menunggu detik dipetik gitanyali

menjadi puisi yang meluluhkan hati

yang dapat membalut duka insani.

 

17/05/2012

 

 

  • Rosmiaty  Shaari lahir pada 25 Mei 1961 di Teluk Intan, Perak, Malaysia. Mendapat pendidikan hingga memperolehi Sijil Tinggi Persekolahan. Mengikuti Pengajian Seni Kreatif di Universiti Sains Malaysia tahun 1983/84. Pernah menjadi Editor di Teks Publishing/Singamal Publishing (1985-1989), Editor di Marwilis Publisher (1990-1994), Free Lance Editor bagi Flo Enterprise, Penerbit Karyawan, Penerbit S. Abdul Majeed dan Penerbitan Murni hingga kini. Antara karya yang telah diterbitkan ialah antologi cerpen persendirian ‘Malam Seribu Malam’ (Teks Publishing,1988), antologi cerpen bersama ‘Mannequin’ (Kerajaan Negeri Selangor, 1986), kumpulan puisi bersama ‘Temoh Tasik Kenangan’ (Karyawan Perak, 2010), kumpulan puisi bersama ‘Kampung Bandar Dalam’ (2010), kumpulan puisi bersama ‘KEMALA – Meditasi Dampak 70’ (Insandi, 2011). Karya-karya beliau turut dimuatkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Pelajar, Jelita, akhbar Minggun Malaysia, Berita Minggu, Siasah, Horison Online, E-Sastera, Blog Penyair Nusantara dan lain-lain. Kumpulan puisi persaorangan beliau, …DARI HITAMPUTIH MENJADI ZARAH baru saja diterbitkan (2011) oleh I-Man Creative, Melaka.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: