Ramli Jusoh (Sabah-Malaysia) BANGSA MELAYU BANGSA KITA


BANGSA MELAYU BANGSA KITA

Oleh Ramli Jusoh

 

Nak cari asal Melayu
Tengoklah belakang sendiri
Nak tengok minda melayu
Jangkaulah kehendak diri
Asas Melayunya di mana?
Keras Melayunya bagaimana?
Deras Melayunya ke arah mana?
Yang mampu jawab hanyalah kita
Yang gadai tanah Melayu itu Melayu
Yang lalai bahasa Melayu itu Melayu
Yang sanggup bunuh Melayu itu Melayu
Cina tak berani bunuh Melayu
India tak mampu bunuh Melayu
Penting sungguh Bahasa Inggeris!
Jepun tak pun mengira dalam Bahasa Inggeris
Korea tak pun belajar Sain dalam Bahasa Inggeris
Apakah salah 2×2 itu 4
Betul sangatkah 2×5 is ten
Kenapalah kita jadi begini!
Marilah kita semua membetul asas Melayu kita
Marilah kita semua membentuk keras Melayu kita
Marilah kita semua menentu arah deras Melayu kita
Marilah kita semula bersama sebangsa
menyembah silat dan daulat Melayu kita

* Ramli Jusoh. Timbalan Yang Dipertu Badan Bahas dan Sastera Sabah, termasuk salah satu pelopor berbagai kegiatan t sastera di Malaysia, terutama di Sabah. Sering diminta sebagai nara sumber kegiatan-kegiatan seputar sastera.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: