R Hamzah Dua (Malaysia) – PUISI BUAT SAHABAT

PUISI BUAT SAHABAT

Oleh R Hamzah Dua

Sahabat

Jangan kau hiris kulit bangsamu

Dengan belati amarah berbaur dendam kesumat

Kelak kau juga akan berasa pedih dek luka itu

Sahabat

Jangan kau noda kesucian bangsamu

Dengan rakus emosi berbaur benci terlampau

Kelak kau juga akan terpalit calarnya maruah

Sahabat

Jangan kau robek benteng perpaduan bangsamu

Yang berkurun dibina kukuh sepanjang tebing harmonis

Kelak kau juga akan kehilangan peta sejarah watan.

Sahabat

Kembalilah ke pohon sedarmu

Kembalilah ke pangkal insafmu

Hanya Dia Yang Maha Mengetahui siapa kita di sisi-Nya.

Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

3 – 4 Mei 2012.

 

PUISI AKHIR APRIL

Oleh R. Hamzah Dua

 

Jambangan puisi ini

Yang bisa aku kalungkan

Di tugu sore

Saat kau akan berangkat  pergi

Meninggalkan seribu riwayat

Di buku waktu.

 

Nilai, Negeri Sembilan

30 April 2012.

  • R. Hamzah Dua. Dilahirkan di Beaufort, Sabah, Malaysia. Mendapat pendidikan awal dan menengah di Sabah. Berhijrah ke Semenanjung pada tahun 1997 dan kini menetap di Taman Nilai Perdana, Nilai, Negeri Sembilan. Mula menulis pada awal tahun 1971. Menghasilkan pelbagai genre sastera, tersiar di pelbagai akhbar dan majalah tempatan di tanah air, juga mendapat tempat di majalah hiburan di Singapura (tahun 1970-an) dan akhbar serta radio di Brunei Darussalam. Setakat ini lebih 20 buah novel (kanak-kanak, remaja dan dewasa) 10 buah kumpulan cerpen perseorangan, tiga buah kumpulan puisi perseorangan dan sebuah kumpulan drama pentas telah diterbitkan oleh pelbagai penerbitan. Banyak puisi dan cerpennya yang lain turut termuat dalam pelbagai antologi bersama yang diselenggarakannya sendiri dan diselenggarakan oleh penulis-penulis lain.  Banyak memenangi sayembara puisi, cerpen, skrip drama pentas dan novel kanak-kanak; juga Hadiah Sastera Sabah dalam genre cerpen (tahun 1988/89, 1990/91. 1992/93), novel remaja Anak Malaysia (DBP, 1992) dan Tragedi Lembah Danum (Cerdik Publications, 2003),  puisi (tahun 1994/95, 1998/99) dan esei kritikan (tahun 1996/97).

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: