Poul Nanggang (Sarawak-Malaysia) DUSUN LELUHUR

 


DUSUN LELUHUR

Oleh Poul Nanggang

 

Dusun leluhurku

telah dinukilkan dari mohor lisan bapaku

dimiliki asli  dari turunan demi turunan

dusun ini memang tiada surat kuasa hak miliknya

tetapi sepanjang sungai ini tahu pemiliknya

tanpa banyak soal dan keraguan

 

Kini dusun ini mulai berharga

kelilingnya ditumbuhi pokok emas Malaysia

oleh pemaju dan kapitalis yang punya dana berjuta

lalu kita hilang arah

namun dusun ini tetap dipertahankan

walau sekadar buah-buahan dari benih zaman lampau

disitu juga bersemadi para leluhur termasuk ayah dan bonda

 

Ledakan ekonomi meledak dunia

transformasi pertanian moden menggegar dunia

meskipun berbuah mengikut musim

namun kuburan persemadian keluarga

telah ditetapkan disitu juga tetap bernilai

ia menjadi NCR yang mahu diterokai

menghijau estat baru dengan hasil tuaian berbaloi

membuat mata kita kelabu dengan kiraan untung

 

Maka terlepaslah dusun kebanggaan ini

bersama tapak persemadian para leluhur

hak kami dicabut oleh kuasa dengan nilai ekonomi

pampasannnya dibahagikan seperti mencincang roh ayah dan bonda

nilainya tidak pun mampu bayar semua  pengajian anak di universiti

namun semua rabun mata oleh nafsu gelojoh

demi nikmat sementara maka tergadailah dusun yang berharga

bila lagi kita ini mampu memiliki dusun sendiri

 

Lantaran terpukau kilauan wang kesempitan hidup

maka dilupuskan hak leluhur sepanjang zaman lalu

dilepaskan warisan moyang yang bernilai

mungkin kita tidak mampu mengongkos sara hidup sendiri

lalu terpaksa merelakan dusun ini dipindah milik

maka jadilah kita setinggan di bumi sendiri

tidak henti-henti menggemis di sini tanpa segan silu.

 

Oleh;

PUTERA, Ladang 3, Miri.

08 Februari 2012.

 

  • Poul Nanggang, penulis buku puisi bertajuk “ALAK BETATAR” terbitan Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) 2000. Antara karya beliau beberapa antologi puisi seperti ‘Peta Seniman’ (1998), Dialog Borneo V di Labuan ‘Gema Membelah Gema'(1999), ‘Antologi Cikgu'(1998) terbitan Jabatan Pendidikan Sarawak, “Kota Asas Tamadun Bangsa”, DBP Sarawak(2002), “Sejambak Bunga Emas”, DBP Sarawak(2002), dan juga terkumpul dalam antologi penyair PPDKL Ke-9 di Kuala Lumpur, 2002 yang lalu. . Beliau merupakan ahli PUTERA yang amat aktif, mewakili persatuan tersebut di Dialog Borneo 1, 1987 di Miri, mengikuti Perkampungan Penulis GAPENA II-Zon Sarawak di Johor Bahru 1999, menyertai Simposium Penulis Pelbagai Kaum di Miri, 1999 anjuran GAPENA, PUTERA, DBP dan Shell. Pada 2001 menjadi pembentang kertas kerja sempena Festival Penulis Pelbagai Kaum di Seremban, Negeri Sembilan kemudian dijemput sebagai pemakalah di Pertemuan Dunia Melayu di PWTC Kulala Lumpur pada bulan Oktober 2001. Pada September 2002, dipilih mewakili Malaysia dalam Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur(PPDKL), menghadiri Perkampungan Penulis Sarawak II di Miri sekitar Jun 2002 yang lalu. Awal 2003 ini dipilih menduduki kerusi Ketua II menerajui PUTERA bagi sesi 2003/2004. Selain itu aktif dalam gerakan Persatuan Bisaya Sarawak, walaupun  sebagai ahli biasa beliau juga telah membentangkan makalahnya dalam Seminar Pembangunan Bisaya Sarawak 2002 di Limbang dengan tajuk,”Isu-Isu Pembangunan Dalam Serambi Bisaya Sarawak”.Ini baru sahaja dilaksanakan pada 02-03 November 2002 yang lalu di Purnama Hotel, Limbang. Sikap patriotiknya kepada masyarakat Bisaya, maka lahirlah  kumpulan puisi berjudul “ALAK BETATAR” diterbitkan dengan ehsan PUTERA  pada tahun 2000 yang lalu yang mengungkap kepahlawanan pemimpin Bisaya di zaman silam yang sedikit sebanyak mengugah hati dan perasaan anak bangsanya kini.  Pada 22-25 Ogos 2003 di Hotel Promonade, Kota Kinabalu,telah berlangsung Simposium Penulis Pelbagai Kaum V sempena Festival Sastera Perpaduan di Sabah. Saudara Poul Nanggang telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk “Keranamu Malaysia:Kepengarangan Penulis Muda dan ICT”. Pelbagai acara lain diadakan di Kota Kinabalu sempena majlis ini.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: