Phaosan Jehwae (Thailand) ROKOK


ROKOK

Oleh Phaosan Jehwae

28/3/12

Jangan rasa megah dan hebat

Jangan kau rasa jantan dan kuat

Jangan kau rasa tinggi dan mulia

Jangan kau rasa lawa dan kren

jangan kau rasa kau mampu dan kaya

Bila kau merokok

bila kau menghisap

bila kau menelan

bila kau memakan

bila kau menghidu

najis-najis rokok ganja

tahi-tahinya dadah candu

kau sangat lemah yakin

kau pelacur jantan

kau manusia hina

kau hudoh sifat

kau muskin akal

jangan menyala api-api neraka

jangan kau menghemburkan asap-asap Jahanam

jangan kau memakan bangkai iblis

jangan kau menghidu tahi syaitan

celakalah kau perokok

musnahlah kau pemabuk

hancurlah kau pecandu

menyalakan bara

 

  • Phaosan Jehwae  atau nama melayunya  Che Wan Fauzan Bin Che Wan Yusoff (lahir di PATTANI, Selatan Thai) adalah seorang seniman dan sasterawan yang sangat aktif di Asia Tenggara. Beliau juga menjadi pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Islam Yala, THAILAND. Selain menjadi sasterawan dan pensyarah, beliau aktif menulis dalam pelbagai bidang dan karya-karya beliau telah banyak diterbitkan dipelbagai Negara di Nusantara. Beliau pernah belajar Ijazah pertama (S.1) dan Ijazah Sarjana (S.2) di Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga,Yogyakarta, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta dan Universitas Negeri Jakarta. Peringkat Ijazah Ph.D diperoleh daripada Universiti Brunei Darussalam. Untuk alamat surat menyurat Phaosan Jabatan Bahasa Melayu Universiti Islam Yala (Yala Islamic University) 135/8  Tambon Kautoom, Amphor Yarang, Changwad Pattani , S. Thailand94160. Seminar, pertemuan dan anugrah yang diikuti dan diterima Phaosan di antaranya; mewakili Negara Thailand Short course Islam, Gender and Reproductive Right The Ford Foundation, Yogyakarta, Indonesia (2002), Mendapat Anugerah Projek Penyelidikan Antarabangsa Daripada Thailand Research Fund Thailand Research Fund, Kelantan, Malaysia (2009), Mendapat Anugerah Projek Penyelidikan Antarabangsa Daripada Thai Embassy Di Malaysia Thai Embassy Malaysia, Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak (2009), Mewakili Negara Thai dan Membentang Kertas Kerja Di Pertemuan Sasterawan Nusantara (PSN), ASAS 50, Singgapura (2011), Pewakilan Negara Thai di Pertemuan Penyair Nusantara (PPN) Pemerintah Indonesia Palembang (2011), Perwakilan Negara Thai di Pertemuan Penyair Asia-Korea, Pemerintah Indonesia, Riau (2011), Diundang untuk persembahan puisi di Malam Kenduri Seni Melayu Pemerintah Kota Batam, Kepulauan Riau (2011), Mewakili Negara Thai dan Membentang Kertas Kerja Bahasa/kerajaan Negeri Sabah-Malaysia 2012. Karya-karya;1. gender Issues in Thailand, Paper Presented at Short Course Shoutheast Asia on Islam, Gender and Reproductive Rights, 13 July – 14 August 2002, The Ford Foundation, Yogyakakarta, Indonesia. 2. PATANI DARUSSALAM (Telaah Atas Sejarah,Gerakan dan Kebangkitan Islam Di Selatan Thailand ) diterbitkan Oleh Majalah Hidayah, Edisi Spisial Idul Fitri, tahun 2-Edisi 17 Ramadhan 1423/Desember 2002. 3. Ratu-Ratu Kerajaan Patani , diterbitkan oleh “The Indonesian Nasional News Agensy” Lembaga Kantor Berita Nasional (Antara), pada tanggal 6 Febuari 2003. 4. Syed Daud al-Fathoni, Ulama Sejati Patani, diterbitkan oleh “The Indonesian Nasional News Agensy” Lembaga Kantor Berita Nasional (Antara), pada tanggal 6 Febuari 2003. 5. Pandangan Ibn Katsir dan Al-Manar Tentang Wanita (Relevansinya Umat Islam Patani), diterbitkan oleh Dewan bahasa Dan Belia Brunei Pada Sidang MABBIM ke-42 pada tanggal 10-14 Maret 2003 di Negara Brunei Darussalam. 6. Pandangan Rakyat Malaysia Keturunan Siam Terhadap Bahasa Melayu (Studies attitude Of Malaysia Siamese Community to Malay Language in   Malaysia’s Kelantan State), Program on National Policy and Transnation Relations (Division1), The Thailand Research Fund, 2008. 7. Peranan bahasa Melayu di Selatan Thai, Universiti Islam Yala, 2008. 8. Masalah Buruh Dari Tiga Wilayah Sempadan Thai Di Malaysia, Projek Besar Kedutaan Thai Di Malaysia, 2009. 9. Bahasa Melayu Sebagai Wahana Kedamaian Di Selatan Thai, Dewan Bahasa Edisi Mei 2009. 10. Universiti Islam Yala Menyambut Hayat Bahasa Melayu di Thailand, Dewan Bahasa Edisi September 2009. 11. Bahasa Melayu Komunikasi Jilid 1, Universiti Islam Yala, 2009. 12. Mutiara Dari Selokon, Pustaka Dewan Puisi, Kelantan Malaysia, 2010. 13. Bahasa Melayu Orang Siam Kelantan, Dewan Bahasa Edisi November 2011. 14. Antologi Akulah Musi, Pertemuan Penyair Nusantara V Pelembang, 2011. 15. Pertemuan Penyair Korean-Asean Poets Literature Festival (KAPLF), Riau, 2011. 16. Antologi Sinar Siddiq, Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam, Sabah, 2012. 17. Perkembangan Bahasa Melayu Di Thailand, Dewan Bahasa Edisi Feb.2012.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: