Norgadis Labuan (Labuan-Malaysia) BERAPA HARGA DIRI


BERAPA HARGA DIRI

Oleh  Norgadis Labuan

Bagaimana harusku menutup auratku
dengan kain lusuhku
yang robek tak bertampal
dan busuk dihidu penghuni kota

Bagaimana harusku mengalas perutku
dengan tak berisinya kocekku
dan tangan yang kosong
yang dianggap hina penghuni kota

Malaskah aku?
sedangkan aku lahir dalam kemiskinan
jauh dari dunia akademik dan internet
jauh dari kemewahan dan kesenangan
dan dicap pengemis oleh penghuni kota

Bagaimana harusku mengubah nasibku
Sedang tiada insan sudi menggajiku
dengan kecomotan dan keperitan
yang tak berharga bagi penghuni kota

Apakah yang berharga pada diriku
untuk digadai
agar nasib bisa berubah dimata penghuni kota
namun…
tetap berharga di mata Tuhan yang esa.

Puisi “Berapa Harga Diri” (Antologi Puisi Kota Gemilang Warisan Kita, 2004)

  • Norgadis Labuan atau nama sebenar Masmah Binti Mohd Ali, dilahirkan di Kg. Layang-Layangan Labuan pada 03 April 1971. Mendapat pendidikan di SRK Kerupang, Labuan dan SMK Labuan. Beliau telah menjadi ahli Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) pada tahun 1986, adalah atas dorongan guru-guru.Sekitar tahun 1986 hingga tahun 1989 beliau juga ada menceburkan diri dalam bidang teater dan telah membuat beberapa persembahan untuk sekolah dan juga sempena Hari Guru, Hari Kebangsaan dan Minggu Sastera.
    Beliau yang mempunyai Sijil Airline And Ticketing And Reseruation Course and passed the Basic Examination ini, pernah menjadi wartawan bebas Akbar Sabah Time pada tahun 1990. Beliau juga pernah menjadi guru sambilan pada tahun 1992 dan 1993 di SRK Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala pada tahun 2000 beliau telah menjadi Timbalan Setiausaha Tabika Perpaduan Kg. Kilan / Pulau Akar dan pada tahun 2002 pula, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Persatuan Belia Kg. Kilan / Pulau Akar dan telah dipilih mewakili Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyertai Konvensyen Belia Wanita Kebangsaan, 2002 di Dewan Besar PKBM, Kuala Lumpur anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Biro Hal Ehwal Wanita MAYC Kebangsaan. Norgadis Labuan juga telah mengikuti Kursus Kepimpinan Peringkat Daerah 2002, di Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Kursus Kepimpinan Peringkat Negeri 2002, di Institut Latihan Perindustran Wilayah Persekutuan Labuan, Kursusu Kepimpinan Wanita Peringkat Negeri 2002, di Dewan Suarah, Limbang Sarawak dan Kursu Asas Keusahawanan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, 2003 di Bilik Seminar Refflesia, Ujana Kewangan, Wil Per Labuan. Dalam bidang penulisan beliau juga pernah menyertai:
    Bengkel Penulisan Cerpen / Puisi anjuran PERWILA (1988, 1989 dan 1997).
    Bengkel Lakonan dan Pengarahan Drama / Teater (1988). Bengkel Kewartawanan Lanjutan, anjuran PERWILA dan kerjasama Akbar Sabah Time (1990). Bengkel Penulisan Cerita Rakyat (1997) Bengkel Penulisan Novel Remaja (1998 dan 1999) Bengkel Penulisan Skrip Radio / TV Asas, anjuran PERWILA dan kerjasama Akedemi Seni Kebangsaan (1999). Bengkel Penulisan Skrip Drama Radio anjuran PERWILA dan kerjasama Labuan FM (2009) Beliau juga pernah menyertai Minggu Sastera Sabah (1989). Minggu Penulis Remaja di Likas, Kota Kinabalu (1989). Perkampungan Penulis GAPENA (PPG) Zon Sabah (1997)
    Dialog Bornew-Kalimantan V, Wil Per Labuan (1998)  Dialog Teluk V, Di Daerah Sipitang Sabah (2001)Dialog Teluk VI, di Wil Per Labuan (2008) Mula menceburi bidang penulisan dalam ganre puisi pada tahun 1986 dan berjinak-jinak pula dalam ganre cerpen pada tahun 1991. Karya beliau pernah tersiar di Akbar Nadi Labuan, Wardah, Jendela Sabah, Dewan Sastera dan Labuan FM. Disamping itu puisi dan cerpen beliau turut dimuatkan didalam beberapa antologi bersama penulis lain.Antaranya ialah: Antologi Puisi Peta Seniman, 1998 Antologi Puisi Tasbih Rindu, 1998Antologi Puisi Gema Membelah 13, 2000Antologi Puisi Teluk Persalaman 2001 Antologi Cerpen Runtuh, 2001Antologi Puisi Kita Kata Kota, 2001 Antologi Puisi Kota Asas Temadun Bangsa, 2002 Antologi Puisi Kota Kita Wajah Kita, 2003Antologi Puisi Kota Gemilang Warisan Kita, 2004Antologi Puisi Kota Budaya Citra Sejagat, 2005Antologi Puisi dan Cerpen Lambaian Teluk, 2008 Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita, 2009
    Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan, beliau juga telah menerima hadiah dan penghargaan. Antaranya cerpen beliau yang berjudul:Tumbangnya Si Pulai telah mendapat hadiah penghargaan pertamaSayembara Menulis Cerpen IV dan Puisi II 1992, anjuran PERWILA Dan Petronas.Puisi Bicara Buat Adikku mendapat hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Puisi Remaja 1997, tajaan Dr. Harun Hj. Pudin.Puisi Aku Benci Padamu mendapat tempat ke-tiga dalam Peraduan Menulis Puisi anjuran PERWILA 1998. Cerpen Anak Merdeka, mendapat hadiah saguhati dalam Sayembara Menulis Cerpen 1999.Cerpen Pabila Hati Dijajah juga mendapat hadiah saguhati Sayembara Menulis Cerpen Hari Wilayah 2007 anjuran PERWILA.
    PENGHARGAAN. Norgadis Labuan juga mendapat penghargaan daripada Lembaga Pembangunan Labuan diatas kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan 1st Labuan Commercial Directory. Beliau juga mendapat penghargaan daripada Telekom Malaysia atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Majlis Tilawah Al-Quran Telekom Malaysia Peringkat Negeri Sabah dan Wil Per Labuan 2002. Dan beliau juga menerima Warkah Penghargaan daripada Kerajaan Negeri Sabah iaitu Tinta Emas pada 08 Mei 2003, di Pacific Sutera, Kota Kinabalu atas sumbangan beliau dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: