Nassury Ibrahim (Sabah, Malaysia) SAJAK KEPADA PENIAGA KECIL KUALA LUMPUR

SAJAK KEPADA PENIAGA KECIL KUALA LUMPUR

oleh Nassury Ibrahim

 

(Sajak spontan kesan daripada sajak Kasajiza AS)

 

buka tv dan tonton

iklan Milo

sekumpulan kanak-kanak

berarak mengiringi

van milo

kerana kemiloannya

dan engkau

peniaga-peniaga

kecil Kuala Lumpur

pelanggan-pelanggan

tertindas birokrat

menyerap dan mengekorlah

dia dan dia-dia

dia melintasi kedaimu

dia yang mencari

kebersihan demokrasi.

 

25.6.11

  • Nassury Ibrahim mendapat pendidikan di SK Tok Kah (1971 – 1976), SMK Tengku Intan Zaharah (1977 – 1983), Institut Azam Malaysia (1984), Maktab Adabi Pasir Puteh (1986), Inst. Perguruan Sultan Idris (1987 – 1989: Sijil Perguruan Asas), Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (1992 – 1993: Diploma Falsafah Sains Islam), Inst. Bahasa Kuala Lumpur (1994: Sijil Perguruan Khas, 1995: Diploma Pengajian Tinggi) dan Universiti Malaya (1996 – 1999: Ijazah Sarjana Muda Sastera Kelas Pertama, 2000: Ijazah Sarjana Pengajian Melayu). Mula belajar menulis karya kreatif pada tahun 1982. Bidang penulisan ialah berita, rencana, sajak, cerpen, novel, esei, kritikan sastera dan pemakalah sastera dan pendidikan di Malaysia, Indonesia dan Thailand.  Karya pertama berjudul “Satu” (sajak) tersiar dalam Majalah Aktual 1983. Kumpulan sajak dihasilkan ialah Cermin (Gapri:1987), Menimba Laut (DBP: 1996), Di Rumah Wiramal (Pustaka Nusa: 2003), Peta Perjalanan (MPTB: 2006) dan Elipsis (DBP: 2008). Buku ilmiah ialah Kamus Komsas KBSM (Fajar Bakti: 2003), Citra Takmilah: Analisis Terhadap Puisi Islam (Karisma: 2005), Gaya Bahasa Kiasan (2006: Karisma), Analisis Kesilapan Ejaan Bahasa Melayu (IPTB, 2007) dan Konteks Sastera & Budaya (Karisma: 2009). Alamat emel: nassuryibrahim@gmail.com.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: