N Athirah Al-Labuani (Labuan-Malaysia) PILIHAN

PILIHAN

Oleh  N Athirah Al Labuani

Cahaya mentari menyinar cerah
memancar di sebalik rimbunan pohon segar
menerangi kembaraku di alam berliku
penuh cabaran mengajar erti hidup.

Langkah dipacu kian pantas
mencari sebuah daerah kebenaran
mendahului yang haq menjauhi yang batil
berpegang teguh pada tali Yang Maha Esa.

Tanpa sedar langkahku terhenti
suasana hening menyambut kedatanganku
keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa
memberi ketenangan dalam jiwa sang pengembara.

Kupaling ke kanan,
sebuah jalan sempit terbentang
kurenung jalan itu,
panjang berliku, itukah pilihanku?

Kupaling ke kiri,
sebuah sungai terbentang
keindahan semulajadi tiada terperi
tanda kebesaran Allah Maha Kuasa.

Dalam kerendahan hati
beserta kekurangan diri
kuteruskan langkahku
inilah pilihanku
dalam usaha atas iman
mencari kebenaran dunia akhirat.

10.40 malam,
12 Januari 2011,
W.P Labuan.

•    N Athirah Al-Labuani.  Bakat yang cenderung dalam bidang penulisan puisi dan cerpen. Berminat dalam bidang penyiasatan. Berada dalam aliran pendidikan Islam sejak kecil. Kini sebagai penuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi dalam bidang Sains Komputer. N Athirah bercita-cita untuk berjaya dan menggembirakan keluarganya di samping mengejar impian untuk bahagia bersama orang yang dicinta. Cerpennya di antaranya terhimpun dalam buku antologi Peluru Cinta Victoria. Sedangkan puisinya di antaranya terhimpun dalam buku antologi puisi penyair asia tenggara “ Snar Siddiq.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: